AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI 1998

Posted on Monday, June 7, 2010 |
AKTA 589
AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA 1998
BAHAGIAN III - KUASA DAN FUNGSI SURUHANJAYA



Seksyen 16. Kuasa dan fungsi Suruhanjaya.

(1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang dipertanggungkan ke atasnya di bawah undang-undang komunikasi
dan multimedia dan,tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu,Suruhanjaya hendaklah juga mempunyai fungsi-fungsi
yang berikut:

    (a) menasihati Menteri tentang perkara-perkara berkenaan dengan objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia; (b) melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan- peruntukan undang-undang komunikasi dan multimedia; (c) mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak diperuntukkan dalam undang-undang komunikasi dan multimedia; (d) menimbangkan dan mengesyorkan reformasi-reformasi kepada undang-undang komunikasi dan multimedia; (e) mengawasi dan memantau aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia; (f) menggalakkan dan meningkatkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia termasuk dalam bidang penyelidikan dan latihan; (g) menggalakkan dan meningkatkan pengawalan sendiri dalam industri komunikasi dan multimedia; (h) memupuk dan mengekalkan kewibawaan semua orang yang dilesenkan atau selainnya diberi kuasa di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia; (i) memberikan bantuan dalam apa-apa bentuk kepada,dan untuk menggalakkan kerjasama dan penyelarasan di kalangan,orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia;dan (j) menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta .

(2) Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi,atau yang berkaitan dengan,atau yang semunasabahnya bersampingan dengan,pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia.





Copyright © 2004 PNMB-LawNet. All rights reserved.


 law


oleh : syaza hani (zey)

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Related Posts with Thumbnails