borang soal selidik

Posted on Monday, May 31, 2010 | 0 comments


PRO DAN KONTRA PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
BORANG SOAL SELIDIK


Jantina:  a) Lelaki                               b) Perempuan
Umur: _________________
Jenis sekolah: a) Sekolah harian
                        b) Sekolah berasrama
                        c) Lain-lain. Nyatakan: _____________________
Tempat tinggal:  a) Bandar                 b) Luar bandar


BAHAGIAN A.

Arahan: Sila bulatkan jawapan yang berkaitan dengan diri anda.

1.      Pada pendapat anda, perlukah penggunaan internet pada masa kini?
a)      Perlu
b)      Ikut keadaan
c)      Tidak perlu

2.      Adakah anda setuju bahawa internet itu membuang masa?
a)Setuju                                                                     b) Tidak setuju

3.      Adakah anda setuju bahawa internet banyak membantu dalam pembelajaran?
a)      Setuju                                                                  b) Tidak setuju

4.      Pernahkah anda (bawah umur) melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya (18 tahun ke atas)?
a)      Pernah
b)      Pernah, tidak sengaja
c)      Tidak pernah

5.      Adakah anda setuju bahawa internet lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan?
a)      Setuju                                                                    b) Tidak setuju


BAHAGIAN B.

Arahan: Sila bulatkan jawapan yang berkaitan dengan diri anda.
1.      Apakah laman sesawang yang selalu dilawati?
a)      Laman sosial (contoh: Facebook, Myspace, Twitter)
b)      Youtube
c)      Blog
d)     Online game

2.      Apakah gajet yang digunakan untuk melayari internet?
a)      Komputer riba
b)      Telefon bimbit
c)      Lain-lain. Nyatakan: __________________

3.      Dalam sehari, berapa lama masa yang diperuntukkan untuk melayari internet?
a)      Kurang dari 3 jam.
b)      Lebih dari 4 jam
c)      24 jam

4.      Apakah tujuan anda mempunyai laman sosial seperti Facebook, MySpace dan lain-lain? (jika ada).
a)      Mengisi masa lapang.
b)      Mencari kenalan baru.
c)      Mengeratkan silaturrahim dan mencari rakan/saudara yang terpisah jauh.

5.      Adakah ibu bapa anda memantau anda ketika melayari internet?
a)      Ada
b)      Kadang-kadang
c)      Tiada





Posted on | 0 comments

1.0 TAJUK

‘Pro dan Kontra Penggunaan Internet (IT) kepada Pelajar Sekolah’.

2.0 PENGENALAN

Pada zaman globalisasi ini, pembangunan di serata dunia termasuk negara kita, Malaysia sedang pesat membangun. Banyak bangunan pencakar langit yang dibina di sekeliling kita. Pemikiran masyarakat saban hari menjadi semakin moden. Tiada lagi istilah buta huruf didengari di sekeliling kita. Masyarakat sudah pandai berjinak-jinak dengan kehidupan yang serba canggih dan berlengkapkan dengan teknologi terkini. Ilmuan dan graduan semakin ramai dihasilkan dari serata pelusuk. Maka bermulalah era dunia tanpa sempadan yang yang juga digelar alam maya bagi sesetengah pihak masyarakat. Penggunaan internet tidak lagi menjadi asing dalam masyarakat kita untuk mempermudahkan kehidupan insan yang bergelar manusia. Malah, penggunaan internet juga telah lama diperkenalkan kepada masyarakat kita sejak dalam zaman persekolahan lagi. Namun, harus diketahui bahawa tidak semua pelajar sekolah telah berfikiran matang dan mempunyai potensi yang secukupnya untuk menilai baik buruk mengenai sesuatu perkara. Oleh sebab itu, terdapat banyak keburukan penggunaan internet kepada pelajar sekolah. Pelajar yang masih belum matang ini masih belum boleh untuk menggunakan dan mengaplikasikan kemudahan internet dalam membantu kehidupan seharian mereka dengan sewajarnya. Namun tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat kebaikan yang boleh diperoleh pelajar daripada penggunaan internet dalam kehidupan mereka.

3.0 TUJUAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kebaikan dan kelebihan serta keburukan dan kemudaratan penggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengupas mengenai kesan-kesan jangka masa pendek dan kesan-kesan jangka masa panjang penggunaan internet kepada pelajar.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah resensi perpustakaan, temubual dan soal selidik. Penyelidikan dengan menggunakan kaedah resensi dilakukan dengan merujuk sumber rujukan seperti artikel, surat khabar dan sumber internet. Temubual dilakukan dengan menemubual cikgu sekolah dan ibu bapa pelajar sekolah. Manakala bagi kaedah soal selidik pula, kaedah soal selidik dijalankan kepada para pelajar sekolah.

5.0 SKOP KAJIAN

Kajian yang dilakukan telah difokuskan hanya kepada pelajar sekolah di Malaysia yang berumur 10 hingga 15 tahun. Ini bermakna, hanya pelajar sekolah daripada darjah empat hingga ke pelajar sekolah tingkatan tiga yang menjadi skop pemerhatian dalam kajian yang dijalankan.

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Pendahuluan

Penggunaan internet dalam kehidupan tidak menjadi perkara yang dipandang asing lagi bagi masyarakat kita. Sudah ramai golongon cerdik pandai yang cukup mahir dengan penggunaan internet bagi mempermudahkan dan mempercepatkan urusan mereka. Begitu juga dengan pelajar sekolah. Pada hari ini, pelajar sekolah tidak lagi seperti pelajar sekolah pada waktu seusia dengan zaman persekolahan ibu bapa kita. Kini, mereka sudah pandai menggunakan internet dalam hampir semua urusan mereka. Ada yang menggunakan internet untuk menuntut ilmu, ada yang mencari maklumat tambahan mengenai sesuatu mata pelajaran yang telah diajar dan ada yang menggunakan internet untuk mempermudahkan tugasan yang diberi cikgu di sekolah kepada mereka untuk disiapkan. Selain itu, terdapat juga sesetengah pelajar yang telah menyalah gunakan kemudahan internet ini dan menjadi mangsa penyalahan penggunaan internet. Hal ini telah membawa pada berlakunya banyak keburukan dan kemudaratan kepada pelajar sekolah. Hal ini kerana masih ramai pelajar yang masih belum pandai untuk menilai dengan sewajarnya akan sesuatu perkara lantas mereka terus terjerumus ke dalam masalah penyalahan penggunaan internet.

6.2 Pengertian Internet (IT)

Internet merupakan singkatan daripada istilah berbahasa inggeris ‘Interconnection Networking’, yang bemaksud perhubungan daripada banyak dan pelbagai jenis jaringan komputer seperti dengan menggunakan cara komunikasi seperti telefon, komputer, telefon bimbit, satelit dan lain-lain lagi.

IT pula merupakan singkatan daripada istilah berbahasa inggeris ‘Information Technology’ yang bermaksud teknologi informasi dalam bahasa melayunya.

Posted on | 0 comments
6.6 KONTRA PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

6.6.1 Salah Guna

Penggunaan internet masa kini banyak yang telah menyimpang daripada tujuan asal ia diperkenalkan. Salah guna ini tidak terhad kepada golongan dewasa sahaja, malah dalam dunia yang serba canggih ini, ia turut melibatkan golongan kanak-kanak.  Salah guna yang dilakukan semakin berleluasa dari hari ke hari, mungkin juga berpunca daripada kurangnya pemantauan daripada ibu bapa dan golongan dewasa. Antara salah guna yang semakin menjadi-jadi ialah peluang mereka melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya. Laman sesawang yang dimaksudkan ialah laman sesawang yang mengandungi unsur lucah dan termaktub untuk golongan yang berusia 18 tahun ke atas. Perkara ini adalah serius dan perlu diberi perhatian serta pemantauan yang lebih kerana jika dibiarkan, ia mampu merosakkan masa depan kanak-kanak ini.

6.6.2 Laman Sosial

Laman sosial kini semakin tidak asing lagi dalam masyarakat global. Laman sosial juga dianggap penting untuk bukan sahaja untuk perhubungan malah turut melibatkan bisnes. Namun begitu, tidak semua yang menjadikan laman sosial ini sesuatu yang positif sahaja, kerana setiap sesuatu yang pro pasti ada kontranya. Laman sosial adalah ‘public domain’, oleh itu setiap sesuatu yang ditulis adalah awam dan semua pengguna berhak untuk tahu, memberi idea malah juga membantah. Kanak-kanak seperti yang boleh difahami, adalah golongan yang majoritinya belum baligh, iaitu lebih tepat kurang mengerti untuk membezakan antara baik dan buruk dan kurang berfikir panjang dalam sesuatu tindakan mereka itu. Melalui laman sosial, banyak masalah yang boleh timbul sebagai contoh dalam salah satu laman sosial yang semakin popular iaitu Facebook, setiap status yang ditulis bakal dibaca oleh semua rakan serta pengguna Facebook yang lain. Jika silap tulis maka boleh menimbulkan masalah lain, bak kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sudah banyak kes yang melibatkan perkara seperti ini yang berlaku dalam laman sesawang namun ramai pihak masih kurang memberi pemantauan dan perhatian. Kutuk-mengutuk yang pada awalnya hanya atas talian akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan besar yang mana paling teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Antara kesalahan lain yang dilakuakn dalam laman sesawang ialah kecenderungan mereka mencari rakan yang mana akhirnya banyak menyebabkan mereka terjebak ke kancah yang tidak sepatutnya.

6.6.3 Buang masa dan duit

Seperti yang sedia maklum, kanak-kanak yang menggunakan internet pada hari ini tidak terhad kepada golongan anak-anak orang kaya sahaja. Ini kerana, bagi mereka yang kurang mampu untuk memiliki komputer atau komputer riba sendiri, banyak kafe siber yang ditubuhkan. Tujuan utama kafe siber ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan masyarakat  mencari maklumat serta malayari internet untuk penambahan ilmu pengetahuan tentang dunia luar, namun kebanyakan kanak-kanak menggunakan perkhidmatan ini untuk tujuan hiburan sahaja. Mereka sanggup melepak di kafe siber semata-mata untuk bermain permainan atas talian dan melayari laman sosial. Perkara ini jika berlarutan hanya menyebabkan mereka membuang masa serta membazir duit.
                                                                                                                       
6.7 KESAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM KEHIDUPAN KANAK-KANAK

6.7.1 Kesan jangka masa pendek.

Penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak ini banyak mempengaruhi dan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Kesan-kesan ini bukan sahaja melibatkan dalam jangka masa pendek malah turut melibatkan jangka masa panjang. Namun begitu, tidak semua kesan adalah negatif, masih ada kesan positif dalam kehidupan mereka.

            Antara kesan jangka masa pendek yang paling biasa terjadi ialah timbul fitnah yang mana seterusnya bakal mengundang pergaduhan sesama sendiri. Perkara sebegini dilihat adalah amat tidak sihat, namun jika pemantauan kurang diberi maka perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan.

            Selain daripada itu,  pendedahan yang terlampau juga mampu mempengaruhi peribadi mereka, terutama pendedahan yang meluas dalam permainan video dan permainan atas talian. Terdapat kajian yang telah dijalankan, mendapati budak lelaki yang mempunyai alat mainan video tidak menunjukkan perkembangan cepat di sekolah berbanding pelajar lain yang tidak memiliki peralatan berkenaan. “Markah penulisan dan bacaan secara purata di kalangan pemain video tidak merosot, tetapi tidak menunjukkan peningkatan,” kata Robert Weis dari Universiti Denison di Ohio, penulis bersama kajian berkenaan. “Bagi kanak-kanak tanpa permainan, markah mereka meningkat mengikut peredaran masa. Bagi pelajar yang sentiasa bermain mainan video, markah mereka tetap stabil, tetapi tiada perkembangan dalam bacaan dan penulisan,” kata Weis. Kajian terbabit mendapati bahawa pemain video menghabiskan selama 40 minit setiap hari bagi PlayStation II akan mengurangkan masa belajar dan aktiviti sosial mereka. “Kanak-kanak tanpa permainan berkenaan di rumah memperuntukkan secara purata sembilan minit sehari untuk permainan video, biasanya di rumah rakan,” kata kajian terbabit. (sumber: http://intim.wordpress.com/2010/03/20/budak-suka-main-video-susah-belajar/).

Namun begitu, antara lain kesan jangka masa pendek pendedahan mereka dengan internet ini ialah mereka mampu meluaskan perhubungan dan membina perhubungan persahabatan yang baru dan tidak terhad kepada rakan sekolah dan yang terdekat sahaja.
Posted on | 0 comments
6.3. Jenis Laman Sesawang yang Gemar Dilawati oleh Kanak-kanak


            Terdapat pelbagai jenis laman sesawang dalam internet. Semakin hari semakin bertambah jumlah laman sesawang yang didaftarkan. Laman sesawang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komersil, bisnes, informasi, hiburan, percuma, buat duit, skim cepat kaya, laman sosial dan sebagainya. Didapati bahawa kanak-kanak akan tertarik untuk melayari laman-laman sesawang seperti hiburan, percuma dan laman sosial. Sebagai contoh you tube, facebook, myspace dan sebagainya.

6.4. Gajet yang Diguna untuk Melayari Internet.

            Dewasa ini, wujud berbagai-bagai jenis gajet yang memudahkan orang ramai melayari internet di mana jua tidak kira masa. Jika dibandingkan pada zaman dahulu, gajet yang digunakan hanyalah komputer. Ini menyukarkan orang ramai untuk melayari internet. Disebabkan penggunaan internet yang sukar pada zaman itu, golongan muda kurang berminat ke arah dunia siber. Antara gajet yang digunakan oleh kanak-kanak sekarang untuk melayari internet ialah komputer, komputer riba, telefon, dan sebagainya.

            Pada era ini, hampir kesemua keluarga mempunyai sekurang-kurangnya satu komputer riba di dalam rumah mereka. Maka, kanak-kanak dapat menggunakan internet dengan mudah. Komputer riba ini mudah dibawa kemana sahaja. Golongan muda dapat melayari internet di kafe-kafe, pusat membeli-belah, tempat menunggu dan sebagainya yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar. Ditambah pula, telefon zaman ini telah memperbanyakkan fungsi dengan kewujudan internet.

6.5. Pro Kepenggunaan Internet Dalam Kalangan Kanak-kanak

            6.5.1. Dapat menimba ilmu pengetahuan dengan cepat

Kanak-kanak yang menggunakan internet dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan cepat berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka yang tidak menggunakan internet. Soalan-soalan mencabar yang disoal oleh guru juga dapat dijawab oleh mereka yang menggunakan internet. Pengetahuan mengenai alam semester juga dapat ditimba dalam internet.

            6.5.2. Dapat maklumat terkini

Tambahan lagi, kanak-kanak dapat mengetahui maklumat-maklumat terkini dan semasa dunia. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa generasi muda sekarang memang tidak gemar menonton warta berita di televisyen kerana mereka lebih mudah mendapatkan segala informasi dengan hanya satu klik pada komputer.

            6.5.3. Dapat mengeratkan silaturrahim
Secara tidak langsung, internet juga dapat mengeratkan silaturrahim antara saudara dan kenalan kanak-kanak itu sendiri. Kenalan yang berada di luar negara juga dapat dihubungi dengan mudah. Kanak-kanak tersebut juga dapat mengetahui cara hidup masyarakat di luar Malaysia. Sebagai contoh meggunakan mel elektronik, yahoo messsenger dan sebagainya. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka.(sumber : http://mazlan66.wordpress.com)

            6.5.4. Dapat mencari kenalan
 Akhir sekali, kanak-kanak dapat mencari kenalan dalam internet. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat berkongsi maklumat, bertukar-tukar pendapat melalui internet. Pemikiran kanak-kanak juga lebih berkembang dengan penggunaan internet seharian. Selain itu, perkongsian maklumat ini juga dapat mematangkan mereka. Dalam dunia siber ini, golongan muda mendapat keutamaan yang sama dengan golongan yang berpengalaman iaitu mereka dibenarkan melanggan dan menyumbang buah fikiran kepada kumpulan perbincangan bagi berkongsi berita dan pengalaman. 

6.7. Kesan internet dalam kehidupan.
            6.7.1. Kesan internet dalam jangka masa panjang.

Kanak-kanak yang didedahkan dengan penggunaan internet akan mengaplikasikan pengetahuan mereka terhadap internet untuk menghasilkan software baru kelak apabila mereka dewasa. Pengalaman yang luas mengenai dunia siber dapat digunakan untuk mencari pendapatan sampingan.

Sehubungan dengan itu, penggunaan internet pada usia muda juga dapat membentuk peribadi seseorang. Misalnya, seseorang itu dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan internet serta dengan bijaknya dapat membezakannya. Pemikiran mereka juga didapati lebih matang berbanding rakan-rakan sebaya mereka.


Kebanyakan kes seperti ini kesan jangka masa panjang adalah kurang. Antara kesan jangka masa panjang ialah melalui perhubungan persahabatan yang dibina, pada masa hadapan jika mempunyai sebarang kesulitan mungkin ada di antara rakan-rakan ini yang boleh membantu.

oleh : syaza  hani (zey)

kuliah pn rozmel dibatalkan~

Posted on | 2 comments
pagi tadi, kuliah pn Rozmel dibatalkan sebab pn Rozmel tak sihat.
semoga pn Rozmel kembali sihat untuk datang ke kuliah esk =)


tapi, pn Rozmel, pensyarah tersayang kita itu telah memberikan kami TUGASAN
sebab itulah.....kami tidur lewat malam ni....hehe,
TUGASAN yang diberikan adalah meletakkan rangka kerja dalam belog.


selepas kelas, THE KEPOHCEE
terus ke ptsl untuk membahagikan tugas.


princess liya sekarang berada di Pulau Tioman

walaupun geng kepohchee kekurangan seorang ahli iaitu princess liya
yang mendapat pelepasan kuliah untuk ke Pulau Tioman ,
kami tetap meneruskan tugasan yang diberi.

**kami berharap pn Rozmel dapat menerima tugasan kami dan membantu kami agar kesilapan kami dapat dibaiki.


oleh : syaza hani (zey)

Aizat- kau aku

Posted on Friday, May 28, 2010 | 2 comments
Aizat- kau aku???
Apa tu???
Mesti semua tertanya-tanyakan???
Ini merupakan lagu tema THE KEPOCHEE
Lagu ini di tulis oleh penyanyi lagu ini sendiri iaitu AIZAT!




ni lah AIZAT
sangat berbakat!
^_^



Kenapa THE KEPOCHEE pilih lagu ini sebagai lagu tema???
sebabnya cuba hayati liriknya...
[dari sudut yang berbeza yer kawan-kawan]
Kalau kawan-kawan menghayati lirik lagu ni,
saya percaya kawan-kawan semua akan faham perjuang seorang pelajar dalam mengharungi
hari-hari yang mendatang...
Terutamanya dalam ikatan persahabatan!
Tak percaya ke???
Hayati lah lirik ni yer kawan-kawan...
^____^


********************

AIZAT-KAU AKU

KAU DAN AKU ADALAH SATU
TAK KIRA APA
SEGALA RINTIHAN AKU, ENGKAU SELALU ADA
BIAR KATA MEMISAH KITA
BIARKAN SAJA
KERANA TERBIASA

MENGEJAR MIMPI
YANG PASTI AKAN AKU
SENTIASA MERASA KEHILANGANMU
KU AKAN TUNGGU SAAT BERTEMU
TIADA HENTI
WALAU DIMANA KITA BERDIRI
DI DALAM DUNIA INI
BIAR SAMPAI AKHIRNYA NANTI

SEMUA TAK TERANG DI MATAKU
WALAU WARNANYA MENYALA
INGIN MERASA NAMUN
AKU TAKKAN CUBA
BIAR KATA MEMISAH KITA
BIARKAN SAJA
KERANA TERBIASA

OOOHHH...

MENGEJAR MIMPI
YANG PASTI AKAN AKU
SENTIASA MERASA KEHILANGANMU
KU AKAN TUNGGU SAAT BERTEMU
TIADA HENTI
WALAU DIMANA KITA BERDIRI
DI DALAM DUNIA INI
BIAR SAMPAI AKHIRNYA NANTI

AKHIRNYA NANTI


BIAR SAMPAI AKHIRNYA NANTI

OOOHHH...

MENGEJAR MIMPI
YANG PASTI AKAN AKU
SENTIASA MERASA KEHILANGANMU
KU AKAN TUNGGU SAAT BERTEMU
TIADA HENTI
WALAU DIMANA KITA BERDIRI
DI DALAM DUNIA INI
BIAR SAMPAI AKHIRNYA NANTI

BIAR SAMPAI AKHIRNYA NANTI
BIAR SAMPAI AKHIRNYA NANTI

OOOHHH...


*********************

Bagi THE KEPOCHEE
ini merupakan maksud tersirat di dalam lagu ini:


Sebagai seorang pelajar rakan, sahabat, teman merupakan orang kedua yang terpenting di dalam hidup mereka.
Bagi mereka, rakan dan sahabat merupakan tempat mereka bergantung dikala berjauhan dengan keluarga, tempat meluahkan perasaan, penghibur dan pengubat dikala suka dan duka.
Jangan sangka air yang tenang tiada buaya kerana dalam diam pasti ada yang cemburu dengan ikatan persahabatan yang terjalin.
Musuh dalam selimut ini pasti akan menjadi batu api yang akan melaga-lagakan kita, tetapi kita harus bijak dan sabar dengan dugaan yang mendatang.
Jangan biarkan mereka menghancurkan tali persahabatan yang terjalin!

"biar kata memisah kita, biarkan saja, kerana terbiasa"

Sebagai seorang pelajar juga, matlamat kita ialah mengejar impian dan cita-cita kita.
Demi merealisasikan impian dan cita-cita ini, kita sering kali berjauhan dengan rakan dan sahabat kita.
Akan tetapi, perjuang harus diteruskan!

"biar sampai akhirnya nanti"

Kita pasti akan ditemukan semula dalam satu pertemuan yang telah dirancang olehNYA.
Dan kita tidak sabar menantikan detik itu.

"ku akan tunggu saat bertemu"

[Di tempat baru kita menjalinkan ikatan persahabat yang baru untuk menceriakan lagi kehidupan kita. Ini lah kitaran hidup kita sebagai manusia ^_^ ]

Di dalam persahabatan juga kita dapat merasakan siapa yang tidak sefahaman dengan kita.
Tetapi kita tidak menghiraukannya, kerana kita sayang akan ikatan persahabatan yang terjalin.
Walaupun rasa kurang selesa itu wujud, tetapi kita hanya mendiamkan diri sahaja dan memberi petunjuk dengan cara yang terbaik supaya mereka berubah menjadi yang terbaik!
Tetapi untuk melukakan dan menyakitkan hati rakan dan sahabat kita, kita tidak tegar.

"ingin merasa namun aku takkan cuba"

Oleh itu, dia tetap rakan dan sahabat kita walau apa pun!

*********************

sampai di sini sahaja entri kami

THE KEPOCHEE

buat kali ini
semoga kawan-kawan enjoy mendengar lagu tema kami ini!

SEKIAN

^_^








ASSALAMUALAIKUM :)

Posted on Tuesday, May 25, 2010 | 0 comments


ini adalah entri kali pertama yang ditulis dan diedit oleh kami.
siapa kami? kami ialah THE KEPOCHEE.
THE KEPOCHEE terdiri daripada 3 bunga dan 1 kumbang yer. [cewah!]


kami ialah pelajar daripada Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
THE KEPOCHEE adalah daripada jurusan Sains Marin.





ketua kami ialah PALAP.
hari ini kami kesunyian tanpanya..kerana PALAP tidak dapat hadir ke kuliah
kerana PALAP mengikut adiknya mendaftar ke Universiti Malaya cawangan Kelantan.
pada hari-hari biasa, kami datang ke kuliah dengan menggunakan kereta yang dipandu PALAP.
tetapi hari ini, kami terpaksa menaiki bas. ='(


******************************************


cukup la tu pasal PALAP...
dia tu tak ada ape pun...
[palap, peace! =D]
sekarang giliran saya PRINCESS LIYA! ^_^
kenapa saya PRINCESS???
sebab saya memang PRINCESS!
hehehehehehe...
kalau ada orang yang tak suke nama saya ni,
jawapannya ~ ADA AKU KESAH???? ~~~ AAK
HAHAHAHAHAHAHA...
^_^
[melawak semata-mata ye kawan-kawan]
ni la saya yang COMEL dan PERIANG
[tetapi hakikatnya saya ni seorang yang pemalu ^_^ ]


macam ikan duyung dugong tak?
hehehehe...
suke!
^_^

dah la...
saya rase cukup sampai di sini je...
nanti makin banyak saya merapu...
lepas ni giliran TORO dan ZEY pulak!
dua orang ni lagi KEPOCHEE!
[toro dan zey, peace! =D]

******************************************


ok, sekarang ini memperkenalkan diri saya sebagai zey.
apa yang zey nak tulis dalam ini ialah kuliah kita memang best!!!!
zey memang tidak menyesal mengambil KEMAHIRAN MENULIS pada semester pendek ini.
apa yang seronok sangat kuliah kita???
sebab pada zey, Puan Rozmel seorang yang sangat memahami dan dekat dengan kami.
rakan sekuliah pula sangat 'happening'
2 faktor ini menjadikan kuliah kita seronok!
ini saja pengenalan daripada zey. sekian. wasalam~

gambar ini diambil semasa zey mengambil lesen SCUBA di Pulau Kapas,
Terengganu, Malaysia




*************************************************




ehem ehem! *winks*


haluuuuu! 
ok ok. meh le saya perkenalkan diri saya pulak. :) saya TORO. err..in case you don't recognize me, saya adalah yang paling tinggi (jika dibandingkan dengan princess liya & zey) teehee~ 
takde apa sangat nak cerita pasal diri ni. i'm just simple, agak senyap cuma kalau berkawan dengan kawan yang 'gila-gila' saya pun akan sama naik gila! ^^ berkawan dengan princess liya, zey dan palap memang mengundang keGILAan.lallalala~ dan satu perkara lagi pasal saya yang selalu menjadi persoalan orang lain terutama lelaki ialah saya GILA BOLA! (eh eh. banyak perkataan gila ya?haha) dengan ini saya ingin menyeru semua marilah kita sama-sama menonton Piala Dunia ya? :D
ok cukup pasal bola. pasal kelas ni pulak, pada saya sangatlah SYIOK! pensyarah sangat sempoi, pelajar pun sama. 
keep it up guys! 

ok then. sampai sini saja.

last but not least,
semoga semua 'enjoice' membaca blog kami ni
^__^




xoxo

Powered by Blogger.

Related Posts with Thumbnails