Posted on Monday, May 31, 2010 |

1.0 TAJUK

‘Pro dan Kontra Penggunaan Internet (IT) kepada Pelajar Sekolah’.

2.0 PENGENALAN

Pada zaman globalisasi ini, pembangunan di serata dunia termasuk negara kita, Malaysia sedang pesat membangun. Banyak bangunan pencakar langit yang dibina di sekeliling kita. Pemikiran masyarakat saban hari menjadi semakin moden. Tiada lagi istilah buta huruf didengari di sekeliling kita. Masyarakat sudah pandai berjinak-jinak dengan kehidupan yang serba canggih dan berlengkapkan dengan teknologi terkini. Ilmuan dan graduan semakin ramai dihasilkan dari serata pelusuk. Maka bermulalah era dunia tanpa sempadan yang yang juga digelar alam maya bagi sesetengah pihak masyarakat. Penggunaan internet tidak lagi menjadi asing dalam masyarakat kita untuk mempermudahkan kehidupan insan yang bergelar manusia. Malah, penggunaan internet juga telah lama diperkenalkan kepada masyarakat kita sejak dalam zaman persekolahan lagi. Namun, harus diketahui bahawa tidak semua pelajar sekolah telah berfikiran matang dan mempunyai potensi yang secukupnya untuk menilai baik buruk mengenai sesuatu perkara. Oleh sebab itu, terdapat banyak keburukan penggunaan internet kepada pelajar sekolah. Pelajar yang masih belum matang ini masih belum boleh untuk menggunakan dan mengaplikasikan kemudahan internet dalam membantu kehidupan seharian mereka dengan sewajarnya. Namun tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat kebaikan yang boleh diperoleh pelajar daripada penggunaan internet dalam kehidupan mereka.

3.0 TUJUAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kebaikan dan kelebihan serta keburukan dan kemudaratan penggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengupas mengenai kesan-kesan jangka masa pendek dan kesan-kesan jangka masa panjang penggunaan internet kepada pelajar.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah resensi perpustakaan, temubual dan soal selidik. Penyelidikan dengan menggunakan kaedah resensi dilakukan dengan merujuk sumber rujukan seperti artikel, surat khabar dan sumber internet. Temubual dilakukan dengan menemubual cikgu sekolah dan ibu bapa pelajar sekolah. Manakala bagi kaedah soal selidik pula, kaedah soal selidik dijalankan kepada para pelajar sekolah.

5.0 SKOP KAJIAN

Kajian yang dilakukan telah difokuskan hanya kepada pelajar sekolah di Malaysia yang berumur 10 hingga 15 tahun. Ini bermakna, hanya pelajar sekolah daripada darjah empat hingga ke pelajar sekolah tingkatan tiga yang menjadi skop pemerhatian dalam kajian yang dijalankan.

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Pendahuluan

Penggunaan internet dalam kehidupan tidak menjadi perkara yang dipandang asing lagi bagi masyarakat kita. Sudah ramai golongon cerdik pandai yang cukup mahir dengan penggunaan internet bagi mempermudahkan dan mempercepatkan urusan mereka. Begitu juga dengan pelajar sekolah. Pada hari ini, pelajar sekolah tidak lagi seperti pelajar sekolah pada waktu seusia dengan zaman persekolahan ibu bapa kita. Kini, mereka sudah pandai menggunakan internet dalam hampir semua urusan mereka. Ada yang menggunakan internet untuk menuntut ilmu, ada yang mencari maklumat tambahan mengenai sesuatu mata pelajaran yang telah diajar dan ada yang menggunakan internet untuk mempermudahkan tugasan yang diberi cikgu di sekolah kepada mereka untuk disiapkan. Selain itu, terdapat juga sesetengah pelajar yang telah menyalah gunakan kemudahan internet ini dan menjadi mangsa penyalahan penggunaan internet. Hal ini telah membawa pada berlakunya banyak keburukan dan kemudaratan kepada pelajar sekolah. Hal ini kerana masih ramai pelajar yang masih belum pandai untuk menilai dengan sewajarnya akan sesuatu perkara lantas mereka terus terjerumus ke dalam masalah penyalahan penggunaan internet.

6.2 Pengertian Internet (IT)

Internet merupakan singkatan daripada istilah berbahasa inggeris ‘Interconnection Networking’, yang bemaksud perhubungan daripada banyak dan pelbagai jenis jaringan komputer seperti dengan menggunakan cara komunikasi seperti telefon, komputer, telefon bimbit, satelit dan lain-lain lagi.

IT pula merupakan singkatan daripada istilah berbahasa inggeris ‘Information Technology’ yang bermaksud teknologi informasi dalam bahasa melayunya.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Related Posts with Thumbnails