Posted on Monday, May 31, 2010 |
6.3. Jenis Laman Sesawang yang Gemar Dilawati oleh Kanak-kanak


            Terdapat pelbagai jenis laman sesawang dalam internet. Semakin hari semakin bertambah jumlah laman sesawang yang didaftarkan. Laman sesawang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komersil, bisnes, informasi, hiburan, percuma, buat duit, skim cepat kaya, laman sosial dan sebagainya. Didapati bahawa kanak-kanak akan tertarik untuk melayari laman-laman sesawang seperti hiburan, percuma dan laman sosial. Sebagai contoh you tube, facebook, myspace dan sebagainya.

6.4. Gajet yang Diguna untuk Melayari Internet.

            Dewasa ini, wujud berbagai-bagai jenis gajet yang memudahkan orang ramai melayari internet di mana jua tidak kira masa. Jika dibandingkan pada zaman dahulu, gajet yang digunakan hanyalah komputer. Ini menyukarkan orang ramai untuk melayari internet. Disebabkan penggunaan internet yang sukar pada zaman itu, golongan muda kurang berminat ke arah dunia siber. Antara gajet yang digunakan oleh kanak-kanak sekarang untuk melayari internet ialah komputer, komputer riba, telefon, dan sebagainya.

            Pada era ini, hampir kesemua keluarga mempunyai sekurang-kurangnya satu komputer riba di dalam rumah mereka. Maka, kanak-kanak dapat menggunakan internet dengan mudah. Komputer riba ini mudah dibawa kemana sahaja. Golongan muda dapat melayari internet di kafe-kafe, pusat membeli-belah, tempat menunggu dan sebagainya yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar. Ditambah pula, telefon zaman ini telah memperbanyakkan fungsi dengan kewujudan internet.

6.5. Pro Kepenggunaan Internet Dalam Kalangan Kanak-kanak

            6.5.1. Dapat menimba ilmu pengetahuan dengan cepat

Kanak-kanak yang menggunakan internet dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan cepat berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka yang tidak menggunakan internet. Soalan-soalan mencabar yang disoal oleh guru juga dapat dijawab oleh mereka yang menggunakan internet. Pengetahuan mengenai alam semester juga dapat ditimba dalam internet.

            6.5.2. Dapat maklumat terkini

Tambahan lagi, kanak-kanak dapat mengetahui maklumat-maklumat terkini dan semasa dunia. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa generasi muda sekarang memang tidak gemar menonton warta berita di televisyen kerana mereka lebih mudah mendapatkan segala informasi dengan hanya satu klik pada komputer.

            6.5.3. Dapat mengeratkan silaturrahim
Secara tidak langsung, internet juga dapat mengeratkan silaturrahim antara saudara dan kenalan kanak-kanak itu sendiri. Kenalan yang berada di luar negara juga dapat dihubungi dengan mudah. Kanak-kanak tersebut juga dapat mengetahui cara hidup masyarakat di luar Malaysia. Sebagai contoh meggunakan mel elektronik, yahoo messsenger dan sebagainya. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka.(sumber : http://mazlan66.wordpress.com)

            6.5.4. Dapat mencari kenalan
 Akhir sekali, kanak-kanak dapat mencari kenalan dalam internet. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat berkongsi maklumat, bertukar-tukar pendapat melalui internet. Pemikiran kanak-kanak juga lebih berkembang dengan penggunaan internet seharian. Selain itu, perkongsian maklumat ini juga dapat mematangkan mereka. Dalam dunia siber ini, golongan muda mendapat keutamaan yang sama dengan golongan yang berpengalaman iaitu mereka dibenarkan melanggan dan menyumbang buah fikiran kepada kumpulan perbincangan bagi berkongsi berita dan pengalaman. 

6.7. Kesan internet dalam kehidupan.
            6.7.1. Kesan internet dalam jangka masa panjang.

Kanak-kanak yang didedahkan dengan penggunaan internet akan mengaplikasikan pengetahuan mereka terhadap internet untuk menghasilkan software baru kelak apabila mereka dewasa. Pengalaman yang luas mengenai dunia siber dapat digunakan untuk mencari pendapatan sampingan.

Sehubungan dengan itu, penggunaan internet pada usia muda juga dapat membentuk peribadi seseorang. Misalnya, seseorang itu dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan internet serta dengan bijaknya dapat membezakannya. Pemikiran mereka juga didapati lebih matang berbanding rakan-rakan sebaya mereka.


Kebanyakan kes seperti ini kesan jangka masa panjang adalah kurang. Antara kesan jangka masa panjang ialah melalui perhubungan persahabatan yang dibina, pada masa hadapan jika mempunyai sebarang kesulitan mungkin ada di antara rakan-rakan ini yang boleh membantu.

oleh : syaza  hani (zey)

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Related Posts with Thumbnails